Rabu lepas (9/4/2008), saya mula memperkenalkan perisian pembangunan lamanweb Microsoft FrontPage 2002. Ahli-ahli kelab yang hadir didedahkan asas penggunaan Frontpage, termasuklah pembinaan lamanweb menggunakan templat personal websites. Tanpa LCD projector saya terpaksa berdiri di barisan belakang, sambil memerhatikan skrin pelajar-pelajar dari jauh. Oleh kerana ini adalah latihan secara hands-on, maka saya menyampaikan arahan dari belakang. Langkah demi langkah dinyatakan dengan suara kuat, almaklum di makmal bukannya ada microfon.
Namun saya bertuah kerana ahli-ahli yang hadir dapat mengikuti arahan lisan itu walaupun membelakangkan saya yang berdiri sambil mengarahkan mereka.
Dari segi komitmen, saya gembira kerana mereka bersungguh-sungguh ingin mencuba perisian (lapuk) ini. Apakan daya, tanpa kehadiran unit komputer yang mempunyai sistem operasian Windows XP untuk melarikan Joomla, maka saya terpaksa mencari alternatif pantas. Oleh kerana Frontpage sememangnya ada di setiap PC di makmal komputer, maka lebih baik saya dedahkan mereka kepada perisian tersebut.
Next session, kita akan mula membina lamanweb sepenuhnya. Selepas itu jika berjaya mereka akan dibimbing bagaimana mendaftar ke tapak lamanweb percuma seperti geocities.com. Kita cuba dulu.
Wednesday, April 9, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)