Friday, February 29, 2008

Seminar kepimpinan smkp 2008

Pada 27 Februari 2008 yang lepas bersamaan dengan hari rabu saya,umay,anisah dan samri telah mengikuti program seminar kepimpinan yang telah dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling(UBK) bermula dari jam 2 hingga 4 petang.
Dalam seminar tersebut,kami telah didedahkan tentang ciri-ciri seorang pemimpin.Selepas itu,kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi tugasan membuat logo kumpulan dan bagi kumpulan saya kami juga telah diarahkan untuk memberi pendapat kami tentang sumbangan seseorang pemimpin kepada sekolah.Kami telah diberi masa selama 30 minit untuk menyelesaikan semua tugasan yang telah diberikan.
Setelah selesai melaksanakan tugasan yang diberikan,setiap kumpulan pula diarahkan untuk mencabut undi untuk membentangkan hasil tugasan yang telah diberikan dan hasil pembentangan bagi semua kumpulan adalah memuaskan.....
Namun,bagi saya program ini tidak memberi kesan yg banyak terhadap diri saya kerana sebelum ini saya pernah mengikuti program-program yang hampir serupa dengan program ini...
tetapi bagi kawan-kawan yang belum pernah mengikuti program seperti ini telah memberi kesan terhadap diri mereka dalam membentuk diri mereka menjadi pemimpin yang lebih baik........

No comments: