Tahun ini salah satu perancangan kelab ialah mendedahkan ahli kepada perisian Joomla. Untuk memudahkan kelas atau aktiviti hands-on berjalan, kami bakal menggunakan JSAS, Joomla Stand Alone Server, sebagai perisian pendedahan awal.
Rabu lepas, kami mencuba memasang JSAS 1.10.12 ke dalam Windows 98SE. Instalasi berjalan lancar, kecuali ada error memaklumkan Windows bukannya dari versi yang didokong mereka. Tak apa, sambung instalasi. No problem selepas itu.
Malangnya, ni nak pendekkan cerita, walaupun JSAS control terpapar, tetapi apabila ingin membuka web project, berlaku masalah error di dalam browser, baik Firefox mahupun Internet Explorer.
Ini mungkin disebabkan Windows 98Se tidak support loopback network secara default. JSAS memerlukan localhost atau 127.0.0.1 boleh digunakan. Saya tak tau sama ada sememangnya JSAS TAK boleh jalan di win98se ataupun hanya kerana ketiadaa loopback adapter.
Minggu depan saya akan cuba bereksperimen dengannya. Jika gagal juga terpaksalah memikirkan pelan B, menginstal Joomla terus ke dalam ubuntu atau PCLinuxOS yang sedia terpasang didalam setiap PC. Kalau tak pun, mungkin pelan C iaitu mencari livecd yang sedia ada joomla di dalam.
Kalau ada sesiapa yang tahu bagaimana melarikan JSAS atau MSAS (Mambo Stand Alone Server) di dalam win98se bolehlah berkongsi dengan kami. Ataupun jika anda mengetahui apakah distro yang sedia ada tools seperti jsas/msas.
Thursday, February 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment